ISU TINTED GELAP: SAMPAI MASA JPJ TUKAR PERATURAN MENGARUT
| Kebanyakan kereta import sudah sedia digelapkan dibahagian penumpang
dan tempat letak barang. Dalam hal ini seharusnya ada timbang rasa dan
kelonggaran bagi kenderaan MPV kerana kenderaan ini tidak mempunyai
bonet tertutup dan boleh mendedahkan barang yang dibawa kepada risiko
kecurian atau pecah kereta.
Malah konsep rekaan ini telah
dikaji oleh negara maju seperti Jepun kerana telah melihat jauh
kehadapan bagi menjamin keselamatan barang dan juga penumpang. Maka
dalam hal seharusnya JPJ boleh bersikap lebih mesra pengguna.
|
| Penggunaan tinted gelap sebenarnya adalah untuk mengelakkan cuaca panas dan kehilangan barangan berharga. |
Dalam
konteks penggunaan cermin gelap yang kononnya dijadikan isu besar oleh
pihak JPJ, maka kami amat menuntut JPJ untuk menjawap persoalan berikut :
•
Apakah kesan pemakaian cermin gelap boleh meningkatkan kadar kemalangan
jalanraya ? Jika ada berapakah angka sebenar punca cermin gelap yang
boleh dikaitkan dengan peningkatan kadar kemalangan jalanraya di negara
kita. Apakah dengan menguatkuasakan cermin cerah boleh dibuktikan pula
dapat mengurangkan kadar kemalangan ?
• Adakah JPJ sedar
bahawa ada faktor yang lebih utama dan sangat signifikan iaitu faktor
jalanraya di Malaysia yang tidak diselanggara dengan baik, garisan putih
yang pudar di kebanyakkan jalanraya menyebabkan banyak kenderaan
terbabas ? Selain itu faktor keadaan kenderaan seperti tayar botak,
modifikasi terhadap enjin serta sikap pemandu lebih merupakan sebab
utama yang seharusnya diberikan perhatian oleh JPJ Malaysia.
•
Bagaimana pula kenderaan perdagangan seperti van yang mempunyai penutup
besi di keseluruhan bahagian belakang yang bertujuan menutup
barang-barang yang dibawa. Bukankah van ni juga mungkin membawa barang
yang diragui dan mungkin membawa penjenayah ?
• Kenapa bas
ekpress boleh menggunakan cermin gelap atau langsir untuk penumpang
mereka yang bagi saya juga adalah kesalahan yang sama ?
•
Bolehkah JPJ menjamin keselamatan barang dalam kenderaan MPV selepas ini
jika kenderaan kami dipecahkan kerana pencuri dapat melihat apa yang
ada dalam bonet MPV kami ?
• Apakah ada peraturan yang berbeza
kepada orang yang berbeza, umpamanya kenapa VVIP boleh bercermin gelap
sedangkan rakyat biasa tidak boleh ? Sedangkan sebagai pemimpin dan
milik rakyat mereka sepatutnya memasang cermin cerah untuk kami melihat
pemimpin setiap kali mereka berada di dalam kenderaan.
•
Apakah bezanya peraturan ini dengan peraturan di negara lain ? Mengapa
peraturan ini tidak dikuatkuasakan di negara lain ? Adakah negara lain
tidak cerdik atau JPJ kita yang tidak cerdik mencipta peraturan.
Pernahkan JPJ menkaji akta lapuk yang sudah ketinggalan zaman ini dengan
negara lain?
• Adakah JPJ sedar bahawa semakin banyak akta
yang mengarut dan peraturan yang pelik semakin banyak pula kadar
kemalangan, dan ianya bukan berkaitan dengan cermin gelap seperti yang
cuba diwar-warkan. Malah JPJ sudah hilang fokus kepada keutamaan mereka
dalam hal-hal yang boleh membantu mengurangkan kadar kemalangan atau
membantu kerajaan dalam hal ini. Fikirkan secara inovatif dan matang
dalam mencari kaedah baru atau peraturan yang mesra pengguna. Jika perlu
lihatlah kaedah negara maju dalam usaha mereka mengurangkan kadar
kemalangan dan peraturan yang mereka ada.
• Kenapa JPJ
menghalang kreativiti dan hak kami sebagai pemilik kenderaan dan dalam
masa yang sama menghalang rezeki kedai-kedai aksesori mencari sumber
rezeki.
• Adakah adil tindakan JPJ ini kepada rakyat sedangkan
slogan kebajikan rakyat tidak diendahkan atas faktor mempunyai kuasa
menyaman dan hilang pertimbangan budi bicara dalam isu yang amat remeh
dan kecil ?
Justeru itu kami ingin bertanya:
APAKAH RAKYAT MALAYSIA BERHAK MEMBAWA KES KE MAHKAMAH JIKA KENDERAAN DISAMAN BERHUBUNG CERMIN GELAP?
Jika BOLEH:
Alasan
yang diberikan tadi boleh dijadikan hujah pembelaan untuk mempersoalkan
tindakan JPJ dengan akta yang tidak mesra rakyat dan double standard.
Justeru diharap semua rakyat Malaysia harus sama-sama berani untuk
berhadapan dengan JPJ dalam isu-isu yang melibatkan hak kita sebagai
pengguna.
Bawalah kes ke mahkamah jika anda rasa kita sebagai
pengguna boleh menang..Mungkin sebagai pengguna kita boleh meletakkan
SAMAN RM1 JUTA atau yang berbaloi.
Kalau kita kalah pun hanya
perlu membayar saman sekitar RM300 sahaja. Biar kita penat sikit tapi
ada ketikanya Penguatkuasa JPJ Malaysia wajar juga disusahkan sedikit
sebagaimana mereka jarang menggunakan budi bicara ketika berhadapan
dengan kita.
Seharusnya peraturan dan akta yang 'terlalu
lapuk' dan 'tidak sesuai dengan zaman' wajar dipinda. Berilah peluang
kepada kedai aksesori kenderaan mencari rezeki melalui perniagaan ini.
Malah tindakan menyaman kereta yang menggunakan ‘nombor spray’ atau
‘nombo tidak timbul’ juga amat tidak wajar kerana nombor yang sama
digunakan oleh kenderaan Singapura serta agensi kerajaan.
Mengenai
cermin gelap pula, alasan cuaca di negara kita juga menyokong keperluan
cermin gelap berbanding di Jepun yang lebih sejuk. Alasan mengaitkan
kejadian jenayah dengan pemasangan cermin gelap pun amatlah dangkal
sedangkan ramai pegawai polis atau JPJ juga menggunakan cermin gelap di
kenderaan mereka.
Selidiki dahulu pandangan orang ramai dan
citarasa mereka selagi ianya tidak menyentuh aspek keselamatan dan
menganggu orang awam.
Penuhi harapan rakyat Malaysia yang kreatif dan berinovasi seiring slogan Rakyat Didahulukan.
P/s: Haramkan sahaja Penjualan Tinted di Malaysia kalau JPJ tak nak tukar akta.